Ada Apa Dengan Syabab

Usia muda adalah salah satu nikmat yang akan disoal Allah SWT kelak. Bagaimana kita menguruskannya sama ada ke arah kebaikan atau sia-sia?
Assalamualaikum pembuka bicara,
Itu tanda permulaan kasih,
Mensyukuri nikmat tidak terkira,
Hendak mengucap terima kasih.

Amboi,siap berpantun dia ya!

Hihi..takpa lah sekali sekala...
Ehh..kawan!!! nak tanya nak tanya...
Tengah buat apa tu? Tengah tengok² smartphone/somegadjet kan??? Dah tahu dah...tak payah jawab...
Memang lah tengah dengan gadjet...
Kalau tidak..macam mana boleh baca blog saya kan..hihi...

Krik..krik.. Lawak hambar..

Malu,malu...

Alaa...kita saja je...

Haa...kali ni nak cakap apa lagi? Nak cerita pasal 'Zahra Nur Qalbu' lagi ke?

Ehh tak lah.. Kali ni.. Nak cuit-cuit 'Ada Apa Dengan Syabab'
Haaa..sekarang cerita indonesia 'Ada Apa Dengan Cinta' meletop juga ya... Ramai adik-adik kakak-kakak abang-abang nak pergi tengok... Abang-abang pun tengok juga ke? Mungkin nak teman adik,kakak atau mak dia agaknya..
Dah dah dah...nanti menyimpang ke lain pula...

Nak tahu...'Syabab' tu apa ya?

Meh Miliza bagitahu... 'Syabab' ni kalau kawan-kawan nak tahu.. Sebenarnya daripada perkataan bahasa arab...yang bermaksud PEMUDA..

Ada Apa Dengan Pemuda?

Haaa...cek nak habak laa ni...
Merenung ke luar jendela...
Lihat anak-anak muda...
Berkeliar ke sini sana...
Dengarkanlah suaranya...
Terpekik dia ke sini sana...

Amboi! Amboi...

Hihi...terjaga aku dari mimpi lena...
Baiklah..
Kawan²... Pemuda ni lah next group yang akan meneruskan syiar Islam...Bukan tunggu tua baru nak kenal agama...baru nak ingatkan kawan tentang akhirat...bukan ye...
Cuba kita lihat... Pemuda sekarang diselimuti kemudahan teknologi..media sosial...tenggelam dalam alam maya..
Tak dapat menghayati indahnya dunia.. Tidak dapat kenal hikmah ciptaan Ar-Rahman...
Tidak salah kita guna media sosial ni semua...Tapi ada hadnya dan niat juga cara kita nak manage semua benda yang mungkin akan menjauhkan kita dari agama tanpa iman yang kuat...
Miliza faham...kita pendosa...lemah dan tidak alim..
Tapi..kita manfaatkanlah apa yang kita ada sekarang...ok...ramai diantara kita susah nak jauh dari phone...internet... Jadi..cara kita nak ingatkan diri kita.. kita berdakwah dalam internet je lah.. Tidak semestinya yang alim sahaja boleh berdakwah..kita pemuda pemudi..yang masih merangkak menuntut ilmu ni..kalau ada je sikit pengetahuan kita tentang sesuatu..cuba kita amalkan dan sampaikan dekat kawan²...keluarga yang ada...in shaa Allah..manfaatnya akan berbalik jua pada kita...tidak susah pun...

Hurmmm...dah mula bosan...

Ok,ok... Nak dengar tak satu kisah tentang semangat remaja pada zaman Rasulullah?

Nak! Nak...

Ok..jom..
Dalam peperangan Badar al-Kubra ada 2 orang remaja ansar... Salah seorang daripada mereka bertanya kepada Abdul Rahman bin Auf..dia tanya adakah Abdul Rahman kenal Abu Jahal... Abdul Rahman kata..beliau kenal..lalu beliau bertanya kepada pemuda itu kenapa dia bertanya...
Pemuda tu cakap yang dia pernah diberitahu bahawa Abu Jahal pernah mencaci maki Rasulullah SAW...Kerana cintanya kepada Baginda Muhammad.. Dia nak lawan Abu Jahal 1 lawan 1 siapa yang akan mati dahulu...
Lalu Abdul Rahman pun tunjuklah Abu Jahal.. Mereka pun terus pergi ke Abu Jahal dan tanpa menunggu lama...mereka menghunuskan pedang kepadanya sehingga Abu Jahal meninggal dunia waktu itu juga..
Rasulullah SAW pun bertanya kat
2 orang remaja tu... Siapa mereka sebenarnya..mereka cakap mereka lah yang membunuh Abu Jahal...
Rasulullah SAW pun periksalah pedang mereka..
Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "kalian berdua telah membunuhnya" akhirnya Rasulullah SAW memutuskan bahawa harta orang yang terbunuh itu adalah milik mereka berdua yang bernama Mu'az bin Amru bin al-Jamuh dan Mu'az bin Afra'.

Thaib...sampai situ saja kisahnya.. Best tak? Boring?
Haa...kalau kawan² nak tahu... Begitulah kekuatan dan semangat yang ada dalam diri seorang pemuda. Ia menjadi tenaga utama dalam mengecapi sesuatu kemenangan..

Sampai sini saja..
Sama-samalah kita be perfect for dear Allah...biarlah kita dianggap si pendosa...tapi jangan mati dalam dosa.. In shaa Allah...
Yang baik datangnya dari Allah dan yang hodoh² yang buruk² tu datangnya dari khilaf silap saya sendiri...
Sekian...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ta'aruf

Kongsi Apa Sahaja