Mari Ta'aruf


بسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ

Siapakah 'Zahra Nur Qalbu'? Penulis blog ni ke? Siapa dia? Cantik nama...pasti cantik orangnya...yahooo..

Haaa... Jeng jeng jeng.. Kalau nak tahu iqra'²(baca) la ye..

Saya?
Nama saya NUR MILIZA BINTI ARMAN.

Aarrhh!! Tidak!! Boringnya nama dia..
Pasti orangnya pun boring..

Haa..Ni lah manusia,, cepat sangat nilai orang.. Cepat sangat bersangka buruk..
Tak boleh lah macam tu.. Kawan baru je nak kenal².. Dah kata dia boring lah apa lah..
Biarlah dia kenalkan diri dia dulu.. Jangan hanya kerana nama kamu cakap dia macam²..No no no... 
Ta'aruf(kenal-kenalan) dalam islam kan ibadah.. 
Jom Ta'aruf dulu.. "Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Baiklah..
Kalau nama saya NUR MILIZA BINTI ARMAN..
Jadi apa kaitan dengan 'Zahra Nur Qalbu'?  
Mari kita periksa.. Apa yang sama... Haaa.. 'Nur' ada dalam setiap nama tu.. Zahra? Qalbu? 
'Zahra' ni dipetik daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud BUNGA.. Jadi apa kena mengena? Ada apa dengan bunga?
Saya ambil nama Zahra yang bermaksud BUNGA kerana saya sangat sukakan bunga... Bunga apa awak? Bunga apa² sahaja yang cantik...
Semua bunga cantik.. kalau semua cantik.. semua saya suke..hihi.. 
Qalbu pula? 'Qalbu' juga dipetik daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud HATI.. Kenapa dengan hati? Hati ni kalau kawan² nak tahu.. Nampak je segumpal daging..tapi di situ lah letaknya niat,perasaan,emosi dan banyak lagi lah.. Bila gabungkan 'Zahra Nur Qalbu' bermaksud BUNGA CAHAYA HATI.. Kenapa harus bunga cahaya hati? Bagi saya...bila saya tengok bunga.. Dia dapat mengubah emosi saya..Nak tahu bunga paling agung apa? Al-Quran.. Bila kite tengok..tenang je rasa.. Bila kita sentuh ia terasa seperti 'bluetooth' diconnect ke dalam hati kita...huuuu...angin meniup... Tersedar aku dari lamunan...
Saya sebenarnya gadis monolog..bukan monolog macam orang gila...tapi monolog yang nasihat diri sendiri.. Kerana tidak semua jalan pasti ada yang tolong tunjukkan.. 
Akal membezakan manusia dengan haiwan.. Akal juga adalah keistimewaan yang Allah SWT kurniakan kepada sebaik-baik ciptaan-Nya (manusia).. Jadi..selagi kita tidak majnun... manfaatkanlah akal yang dikurniakan kepada kita dengan berfikir setiap sudut fe'el kita.. Kita manusia biasa yang tiada sifat maksum yang berdosa..maka selalulah muhasabah dan perbaiki diri kita selagi langit masih cerah..
Walau siapa pun kita miskin kaya ke kita..yang pasti kita tetap hamba Allah yang akan dihisab baik buruk kita bukan miskin kayanya kita...
Sekian..

Tag line
"Wanita Solehah Hiasan Dunia"
#DakwahkuHatiku



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ta'aruf

Kongsi Apa Sahaja